Jumat, 27 Juni 2008

G. Kelud

Gunung Kelud

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar
Gunung Kelud
Gunung Kelud
Gunung Kelud

Gambar
Maklumat ringkas
Nama: Gunung Kelud
Tinggi: 1,731
Daerah: Jawa Timur
Regensi:
Pulau:
Negara: Indonesia
Maklumat lanjut

Tambah maklumat lanjut
di sini jika ada.


Senarai kandungan

[tutup]

[sunting] Pengenalan

Gunung Kelud merupakan sebuah gunung berapi strato yang terletak di Jawa Timur di negara Indonesia. Gunung ini terletak di sempadan daerah Kediri, Blitar dan Malang. Jaraknya 27 km dari Kediri. Penduduk Kediri seramai 1300,000 orang.

Gunung Kelud mempunyai ketinggian setinggi 1,731 meter daripada aras laut. Gunung Wilis dan, Kawi dan Butak juga terletak berhampiran.

Indonesia termasuk dalam Lingkaran Api Pasifik.

[sunting] Aktif semula

Pada 16 Oktober 2007, gunung berapi ini aktif semula dan kritikal kerana mengalami lebih dari 70 kali gempa dan suhu kawah mencapai 37.8 darjah Celcius. Gempa yang berlaku termasuklah gempa cetek, gempa vulkanik ( 1 kali )dan gempa tektonik ( 1 kali). Warna air kawah gunung ini hijau dengan buih gelembung putih .

Gunung berapi ini dipantau melalui kamera litar tertutup (CCTV) oleh Pos Pemantau Gunung Berapi Kelud di Dusun Margomulyo, Desa Sugihwaras, Kecamatan Ngancar, Kabupaten Kediri. [1] CCTV ini dipasang juga di Gunung Sumbing.

Pusat Volkanologi dan Bencana Geologi yang terletak di Bandung menyatakan radius berbahaya dalam lingkungan 5 km.Gas CO2 sangat berbahaya kepada manusia.

Pada 29 September 2007, status gunung berapi ini akan meningkat dari Tahap Awas II kepada III. Kemudian pada 16 Oktober 2007, dari Tahap III kepada Tahap Awas IV. Hingga pada 29 Oktober status masih awas, dengan suhu kawah mencecah lebih kurang 38 darjah Celcius. Melihat tingginya suhu kawah tersebut, dipercayai bahawa Gunung Kelud akan meletus dalam waktu dekat.

30,000 penduduk di Gunung Kelud telah diarahkan pindah oleh pihak berkuasa Indonesia. [2]

[sunting] Sejarah

Kali terakhir gunung ini meletup pada 10 Februari 1990 . Ketika itu suhu kawah mencapai 40 darjah Celcius. 34 orang terbunuh dan ratusan rumah di Kabupaten Kediri dan Kabupaten Blitar musnah.

Pada 1586 , lebih 10,000 terkorban apabila gunung Kelud meletup dan memuntahkan lahar panas tanpa sebarang amaran. Lahar panas mengalir menuju ke kawasan petempatan penduduk di Kediri dan Blitar. Gunung berapi meletus lagi pada 1901, 1919, 1951, 1966, dan 1990. Seramai 250 orang terbunuh.

Pada 19 Mei 1919 lahar Gunung Kelud membunuh 5160 orang dan 100 buah kampung punah-ranah. Aliran lahar mencapai 38 km ke kaki gunung di Sregat dan Blitar. Lahar ini disebut Lahar Sungai Gedok dan Lahar Sungai Badak.

Para pekerja dikatakan masih mengorek lubang terowong di Terowong Ampera dengan tujuan mengalihkan aliran lahar dan mengurangkan muntahan gunung berapi. Terowong yang dibina sejak 1966 itu berjaya mengurangkan letusan lahar gunung berapi. Beberapa buah tasik takungan lahar juga telah dibina agar tidak terlalu cepat mengalir ke kaki gunung. Tasik ini dinamakan Tasik Kelud dan airnya panas.[3]

[sunting] Destinasi pelancongan

Kawah gunung berapi ini menjasi destinasi pelancongan yang menarik. Pihak polis dan sukarelawan terpaksa menahan para pelancong mendaki gunung berapi ini kerana berbahaya. Pelancong ini mengetahui dan nekad menyelidik tahap bahayanya. Pada 2004, agensi pelancongan telah membina trek bagi memudahkan pelancong mendaki gunung tersebut.

Kerajaan Hindu Kediri telah dibina sejak 1049 di Sungai Brantas, berhampiran dengan gunung berapi. Kediri merupakan kerajaan yang kuat di pulau Jawa, meninggalkan banyak hasil kesusasteraan. Pelabuhannya menjadi pengumpul rempah dari selatan Kalimantan dan pulau Maluku. Pedagang Islam dari India dan saudagar China datang ke sini. Banyak kuil Hindu dan Buddha terletak di sini. 11 buah kul dari abad ke-9 dan ke-15 masehi. Candi Penataran merupakan kompleks kuil Hindu terbesar di Jawa Timur. Ia hanya 10 km di utara Blitar dan di kaki Gunung Kelud. Mereka memuja dewa Shiva lebih 300 tahun sejak abad ke-14.


[sunting] Jenis hutan


[sunting] Rujukan

Tidak ada komentar: